Friday, May 07, 2010

Tazkirah yang Hebat Hari Jumaat Yang Mulia

Ana dapat email ini dari sahabat MAP..Mudah-mudahan menjadi iktibar yang baik untuk kita semua..Allahuakbar!!!!



Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah
MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN
JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita
sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita
meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada
Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun
Din dan keluarganya. Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya
pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut
salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya
itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud
dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian,
datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya,
ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD.
Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud
menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan
dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan
ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2
yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak
Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG
TERAKHIR UTK IBU". Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir
melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling
menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu
Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad
mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan
berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah
ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah
kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir".
Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di
atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini
disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak
hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani
oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan
ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya
melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik
menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah
ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat
mustajab... Bahagia dunia akhirat...
Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...



Ikhlas daripada :

Siti Zainab Binti Sadari
Penolong Pengarah
Unit Kaunseling
Cawangan Pengurusan Kompetensi
Bahagian Sumber Manusia
MARA
1819



Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

No comments: