Wednesday, February 25, 2009

7 Formula Sakinah Menjadikan Rumahtangga Kukuh

Indahnya hidup bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Alhamdulillah Allah berikan kesihatan dan kesihatan ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah apabila kita bertemu denganNya di Padang Mahsyar kelak.

"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikan kesihatan yang Engkau berikan kepada kami hari ini dan pada hari-hari sebelum ini bermanfaat untuk agama kami dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu ya Allah.." Amieen.

Emm...ana berpesan-pesan keda diri ini, biarlah hidup kita dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan doa dan doa yang terbaik adalah doa mathur yang telah diajarkan oleh Nabi Junjungan kita; Nabi Muhammad saw.

Hari ini ana nak berkongsi sedikit artikel yang ana dapatkan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim


Oleh : ABU AMIRAH 08
Hubungan perkahwinan merupakan satu tahap di mana sesebuah perhubungan itu akan berada pada peringkat kritikal. Peringkat ini juga akan menguji pasangan tentang tujuan untuk hidup bersama ; di mana seseorang itu seharusnya disayangi dan juga menyayangi pasangannya. Walau bagaimanapun, hubungan perkahwinan bukanlah hanya satu ukuran tentang sejauh mana sesebuah pasangan itu mampu hidup bersama, malah tentang sejauh mana pasangan itu pula mampu mengukuhkan kasih sayang antara mereka. Berikut adalah 7 tip yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengukuhkan hubungan antara pasangan.
1. Menerima pasangan anda seadanya. Ada masanya pasangan anda akan melakukan kesilapan ataupun tiada di rumah ketika diperlukan. Tiada sesiapa yang sempurna. Anda mahukan pasangan anda untuk memahami anda, begitu juga dengan pasangan anda.
2. Berikan ruang kepada pasangan. Hampir setiap orang memerlukan masa untuk berfikir dan bersendirian. Jangan sekali-kali membebankan pasangan anda dengan hal-hal anak dan kerja-kerja rumah. Ini akan memberi tekanan kepada pasangan anda dan boleh menimbulkan pertelingkahan.
3. Kesanggupan meluangkan masa bersama. Meluangkan masa bersama pasangan dan anak-anak bukanlah satu perkara yang dianggap sebagai satu kebetulan. Hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti bersama untuk menunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan keluarga.
4. Jadilah seorang pendengar yang baik. Adalah sukar untuk meluahkan sesuatu kepada seseorang, dan akhirnya mendapati temannya tidak dapat menangkap atau memahami masej yang cuba untuk disampaikan. Pasangan anda memerlukan anda untuk mendengar bukan sahaja melalui fizikal semata-mata tetapi juga melalui hati.
5. Berikan penghargaan dan pujian kepada pasangan anda. Ada suami/isteri yang suka dipuji, tetapi usah berlebihan kerana ini akan menimbulkan syak wasangka terhadap pujian yang anda berikan. Memadailah dengan ucapan terima kasih yang disusuli dengan senyuman yang ikhlas.
6. Katakan ” YA ” lebih kerap daripada ” TIDAK ”. Tabiat memberikan respon atau persepsi negatif terhadap pasangan boleh merenggangkan hubungan. Fikir dua kali sebelum mengatakan ” Tidak ” terhadap bantuan yang diminta. Anda akan berasa takjub bagaimana perkataan ” Ya ” mampu merapatkan hubungan anda berdua.
7. Letakkan kepercayaan terhadap pasangan anda. Kepercayaan adalah intipati terhadap kekuatan hubungan perkahwinan. Jika anda berasa ragu-ragu terhadap pasangan anda, seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Kenalpasti apakah puncanya dan jangan sesekali mengintip pasangan anda dengan keterlaluan hingga menyekat kebebasannya.

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Tuesday, February 24, 2009

Hebatnya Ekonomi Orang Islam....

Allahukbar...Segala puji hanya UntukMu ya Allah...diberikan nikmat yang sehingga kini kita tak mamu dan tidak mungkin mampu menghitungnya. Ana dan zaujah diberikan kesempatan oleh Allah dapat bertandang ke Kedah menziarahi sahabat2 yang bersama-sama dalam satu saf dan satu kefahaman untuk memartabatkan agama Allah di atas muka bumi ini. "Ya Allah ya Tuhan kami, berikan kami kekuatan dalam menegakkan kalimahMu dan berikan kami rasa kenikmatan berukhuwah sesama kami dan tunjukkan kami jalanMu yang lurus ya Allah.."

Dalam menziarahi sahabat, sahabat baik ana yang merupakan pakar insurans Islam di Kedah..(insyaAllah tidak lama lagi di Malaysia..amieen) akh Khalil dan zaujahnya mengajak kami pergi ke RFC (Radix Fried Chicken) untuk menikmati ayam goreng yang 100% dijamin halal apatah lagi ayam tersebut merupakan ayam organik...

Subhanallah hebatnya kekuatan ekonomi orang Islam apabila kita mampu bersatu padu dan menzahirkan perniagaan tersebut dengan musyawarah dan penuh keikhlasan mengharapkan redhaNya.

ewah...ewah..kakak..bergaya sakan depan bangunan RFC...ehem...ehem..inilah zaujah tercinta ana...lihat..bangunan perniagaan orang Islam kita..3 tingkat...dasyat tu....

3 keluarga bergambar sekali...Dari kiri ana dan zaujah...yang smart dan hensem tu sahabat baik ana, seorang pensyarah Kolej Matrikulasi Changlun yang berdedikasi; akh fahmi dan zaujahnya; Kak Mas bersama sepasang anak mereka yang comel2 dan gebu gitu dan sahabat ana yang tidak perlu lagi diperkenalkan, Pakar insurans Islam terkenal; Akh Khalil serta zaujahnya; Zaihasra bersama 2 anaknya yang manja dengan abinya....

Lihat pakar insurans Islam kita...pergi makan pun masih pakai baju insuransnya...cantikkan bajunya...:-)


Lihat 100% halal...masih menunggu dengan penuh kesabaran RFC menapak di Ipoh....Ipoh mali.......
Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Saturday, February 21, 2009

Lawatan Ukhuwah yang Indah...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang diberikan.

Allahuakbar...jadual hari ni agak padat.
21 Feb 2009 :

seawal 7 pagi, ana bersama zaujah dah bersiap untuk ke kedah...tetapi sebelum itu ana temankan zaujah pergi ke tempat yang......(rahsia...hik...hik...)

Sementara menunggu zaujah selesai dengan urusannya..(emmm..suami mithali katakan...kenalah tunggu zaujah dengan penuh kesabaran..) ana sempat menyiapkan beberapa perkara berkaitan program Muqayyam untuk PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional)..dah diberikan tanggungjawab sebagai S/U..kenalah kerja lebih sikit..

Kami bertolak ke Kedah dalam pukul 12 lebih tengahari...sambung lagi ye...sahabat tuan rumah ajak makan...tunggu.....
Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Thursday, February 19, 2009

Detik Terindah Dalam Hidupku

Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan dan kesempatan untuk berkongsi sedikit gambar-gambar perkahwinan ana bersama zaujah tercinta pada 24&25 Dec 2005.

Sebenarnya ana dah lama nak berkongsi gambar perkahwinan kami ini pada tahun-tahun yang lepas, tetapi atas kelemahan diri dan kesibukan yang ada (sebenarnya tak berapa sibuk pun sangat...ini yang dikatakan alasan...)ana tak dapat merealisasikannya. Alhamdulillah pada tahun ni Allah berikan kekuatan sedikit untuk ana mengaktifkan kembali blog kesayangan ana ni...

Ini sedikit cebisan gambar-gambar kenangan terindah kami berdua...

Emm..control macho nampak brother....Dalam hati hanya Allah sahaja yang tau....detik menanti akad nikah...berbagai perasaan yang hadir...nak tahu apa perasaannya...rahsia....:-)


Amboii kakak kat atas ni.......bukan main beriya bersiap ye...inilah zaujah tercinta ana..tengah bersiap dengan riangnya pada pagi 24.12..tak sabo ye nak kahwin...hik...hik...

Alhamdulillah dah selesai akad nikah dengan sekali lafaz...ramai saudara yang hadir habaq suara ana masa akad nikah boleh didengar sampai kat luar masjid..nak buat lagu mana...dah jadi penceramah motivasi katakan....

Detik memakaikan gelang kepada si isteri...macam payah aje nak pakaikan....:-)

Inilah kali pertama tangan mulus ana di cium oleh seorang isteri...Allahuakbar..tanggungjawab menanti seorangi suami dalam mendidik isteri menuju redha Ilahi...

"Ya Allah, berkatilah hidup kami sebagai suami isteri, datangkanlah dalam hati kami rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah bagi dalam melayari hidup sebagai suami isteri dan kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah yang menjadi pejuang dan serikandi dalam menegakkan kalimahMu ya Allah"

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Wednesday, February 18, 2009

Gambar-gambar kenangan...

Allahukbar....indahnya alam ini ciptaan yang Maha Indah; Allah SWT...gambar dari menara tasik helang...Subhanallah.....


Inilah Huzaifah...anak sulung sahabat ana...emm..geramnyeer pipi orang tu...(hik..hik...pipi ana lah..siapa lagi..) Ya Allah..kurniakan kami anak-anak yang soleh&solehah dan menjadi penyelamat umat Islam yang lain...amieen




Inilah keluarga salah seorang sahabat baik ana, akh Khalil bersama zaujah tercintanya;Zaihasra dan sepasang anak-anaknya yang comel; Huzaifah dan Rumaisa'



Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Nikmat manjadi Umat Nabi Muhammad saw

Assalamualaikum wbt...syukur kepada Allah SWT atas segalanya yang telah diberikan kepada kita semua. Ana berazam pada tahun 2009 ini untuk mengaktifkan kembali blog tercinta ana ini atas beberapa sebab. Di antara sebab utamanya ialah untuk urusan dakwah. Dakwah di peringkat sekarang memerlukan wasilah yang baru dan pendekatan yang lebih pantas iaitu melalui internet dan apa jua alat yang boleh menyampaikan dakwah kepada seberapa ramai kenalan.

Dakwah ini bukan tanggungjawab individu-individu tertentu sahaja. Ia adalah tanggungjawab kita semua sebagai umat Nabi Muhammad saw dan itulah kelebihan kita berbanding dengan umat-umat yang lain. Kita mewarisi tanggungjawab dan amanah Nabi kita dan kita perlu laksanakan dengan baik dan penuh keikhlasan.

Kelebihan dan keistimewaan yang banyak yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad saw itu menjadi salah satu asbab utama Nabi Isa as memohon kepada Allah SWT untuk menjadi salah seorang umat nabi Muhammad saw dan permohonan itu diperkenankan oleh Allah SWT.

Lihat..betapa seorang nabi Allah yang menjalankan tugas seorang nabi kepada umatnya begitu mengkagumi dan mengharap dengan harapan yang penuh untuk termasuk sebagai umat nabi Muhammad saw.

Jadi, dimana kita sekarang...masih lena atau dibuai mimpi-mimpi indah yang mengatakan umat nabi Muhammad saw adalah yang umat terbaik tetapi kita masih tak buat apa-apa untuk agama kita...


fikir-fikirkanlah......

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Tuesday, February 17, 2009

Pengalaman Berharga

Assalamualaikum wbt...alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan dan kelapangan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni...
Hari ni ana bercuti dan meraikan sahabat baik yang berkunjung ke rumah semalam. Kami berjalan2 di Tasik helang di Ipoh dan ada gambar2 menarik yang boleh dikongsikan bersama....
InsyaAllah ana akan uploadkan gambar terkini (sebenarnya camera baru...;-) ) gambar ana bersama sahabat dan keluarganya...

Indahnya bila kita berukhuwah bersama2....

Sahabat ana ni adalah agen prudentialbsn takaful yang agak dah cemerlang di Kedah...banyak tips yang ana dapat daripada beliau....

Sukran sahabat



Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka