Saturday, May 01, 2010

Program Bersama Anak-Anak ISMA

Subhanallah..hebatnya kuasa Allah dalam menjadikan kita insan yang sempurna disisiNya. Tak ada makhluk yang lebih sempurna kejadiaannya melainkan manusia. Inilah yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah At'Tiin.

Hari Jumaat 30 April 2010- Pagi pergi pejabat dan sempat menyelesaikan urusan menyiapkan pasport untuk tujuan motivasi di Brunei yang dirancang bulan Julai ini.

Tengahari-Solat Jumaat di masjid Tanjung Rambutan, sahabat ana Ust Zul menjadi khatib Jumaat dan itulah kali pertama ana melihat beliau menjadi khatib dan rupa-rupanya selepas solat diumumkan Ust Zul dilantik secara rasmi menjadi imam di Masjid tanjung rambutan. Tahniah sahabatku.

Petang- Naik keretapi dari Ipoh ke Taiping bersama zaujah tersayang dan ikhwah dan akhawat yang lain. Ada program bersama anak-anak ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) di sana. AKtivitinya melawat zoo Taiping dan sekitarnya. Bila tak ada ceramah hujung minggu, memang ana akan usahakan penuhkan jadual ini dengan kerja dakwah bersama ISMA dan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional).

Hebat peraan yang Allah berikan bila kita berukhuwah dan dalam kerja dakwah ini kerana Allah.

Mudah-mudahan program ini berjaya dan mencapai matlamatnya..amieen


Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

No comments: