Wednesday, November 29, 2006

Sakit dada biasa atau serangan jantung

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ADAKAH tekanan tidak selesa yang anda rasai di dalam dada sepanjang bahagian depan tubuh dari paras abdomen atas ke leher berpunca daripada hidangan makan malam yang terlalu pedas dan berempah?

Ataupun, ia menjadi amaran bahawa anda mungkin diserang penyakit jantung?

Mengetahui tanda-tanda serangan jantung boleh membantu anda membuat keputusan pantas – keputusan yang boleh menyelamatkan nyawa anda atau nyawa orang tersayang.

Sama ada, ketidakselesaan tersebut merupakan sakit dada biasa yang hanya memerlukan rawatan dalam bentuk ubat-ubatan antasid atau ia merupakan sakit dada yang memerlukan anda berjumpa doktor dengan segera.

Namun, ada kalanya bukan mudah bagi menentukan sama ada sakit dada yang berlaku adalah disebabkan oleh serangan jantung atau masalah-masalah lain.

Contohnya, kesakitan yang berkaitan dengan serangan jantung kerap disalahtafsirkan dengan ketidakcernaan atau senak yang boleh dilegakan dengan antasid sahaja.

Sebaliknya, individu yang mengadu sakit pedih hulu hati sering kali menyangkakan ia berpunca daripada sakit jantung.

Walaupun sakit dada sinonim sebagai tanda amaran utama berlakunya serangan jantung, berita baiknya, bukan kesemua sakit dada termasuk di dalam golongan ini.

Malah, terdapat pelbagai masalah lain yang boleh menjadi puncanya. Ada yang menyebabkan sedikit ketidakselesaan biasa sahaja manakala selebihnya adalah serius dan mengancam nyawa.

Apa-apa jua organ mahupun tisu di dalam dada anda boleh menjadi punca kesakitan dari jantung ke paru-paru, esofagus, otot-otot, tulang rusuk, tendon, hinggalah ke saraf dan kulit.

Contohnya, jika sakit dada meningkat apabila anda menekan hujung jari pada bahagian yang sakit, ia mungkin menandakan ketegangan otot, ligamen atau mungkin juga tulang rusuk yang patah.

Keradangan rawan di dalam tulang dada, satu keadaan yang dikenali sebagai costochondritis (sakit sendi rusuk) juga boleh mencetuskan sensasi sakit. Kesakitan dinding dada lazimnya mengambil masa beberapa hari sahaja dan boleh dilegakan dengan aspirin atau ibuprofen.

Sakit yang menyucuk-nyucuk selama beberapa saat pada penghujung nafas yang dalam lazimnya tidak membimbangkan. Hiperventilasi atau pernafasan pada kadar yang terlalu cepat semasa rehat juga boleh menyebabkan sakit dada.

Lain-lain penyebab sakit dada termasuklah pleurisi iaitu keradangan di sekeliling membran paru-paru dan, radang paru-paru (pneumonia). Kedua-duanya boleh menjadi bertambah teruk ketika batuk. Kayap juga boleh menyebabkan sakit yang terasa menusuk, panas terbakar atau digigit, seperti getah yang diikat ketat pada dada.

Kudis atau ulser pada lapisan perut atau usus kecil selalunya menyebabkan kesakitan di bawah tulang dada yang semakin teruk semasa perut kosong manakala pedih hulu hati di mana asid perut bergerak songsang ke atas memasuki esofagus atau, senak juga boleh menyebabkan sakit dada.

Batu karang boleh mendatangkan kesakitan di sebelah kanan dada atau sekitar bahu yang bertambah mudarat selepas makan terutamanya makanan berlemak atau, pada tengah malam.

Sementara itu, mereka yang mengadu sakit dada tetapi tidak menunjukkan sebarang punca fizikal sering kali mendapat markah yang tinggi menerusi ujian bagi darah gemuruh atau panik.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, kanser yang melibatkan bahagian dada atau yang sudah merebak boleh menyebab sakit dada manakala di kalangan kanak-kanak, kebanyakan sakit dada tidak berkaitan dengan jantung.

Jadi, apakah perbezaannya dan bagaimana pula untuk menentukannya? Pakar Runding Kardiologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz mempunyai butiran lanjut.

“Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh arteri koronari menjadi sempit.

“Ia juga boleh terjadi apabila bekalan tersebut terputus sama sekali mengakibatkan sebahagian daripada otot itu telah mati atau mengalami nekrosis dan gagal berfungsi,’’ ujar beliau.

Menurutnya, ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan sejenis lemak atau plak yang melekat pada dinding saluran darah yang lamakelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.

Apabila ini berlaku, serangan awal jantung bermula. Tanda-tanda serangan jantung ini berpanjangan lebih daripada 15 minit. Serangan jantung ini mungkin berkurangan atau berhenti seketika dan kemudian berulang semula.

“Sakit dada yang disebabkan oleh penyakit jantung biasanya menyerang di antara 10 minit hingga setengah jam. Kadangkala, kesakitan itu berpanjangan sehingga berjam-jam lamanya kalau tidak dirawat.

“Ia mungkin disebabkan oleh aktiviti atau emosi yang kuat atau boleh juga menyerang tanpa perlu ada sebab-sebabnya yang tertentu,’’ kata Dr. Nor Izham.

Sakit jantung biasanya terasa amat mencengkam dan menyucuk-nyucuk di bahagian dada terutamanya di tengah-tengah dan sebelah kiri dada.

Kemudian, sakit ini menular ke anggota lengan, leher dan dagu yang selalunya disangka sakit gigi, menjalar ke bahagian belakang dan perut (pesakit mungkin menyangka ia sakit gastrik).

Lain-lain gejala serangan jantung termasuklah sesak nafas, keletihan, badan berpeluh dan kadangkala terasa loya, jantung berdebar dan pitam.

Dr. Nor Izham memberitahu, kebanyakan mereka yang mendapat serangan jantung tidak merasakan yang mereka sedang mengalami masalah tersebut dan sekadar menganggapnya sebagai kesakitan yang tidak merbahaya.

“Jika ada faktor-faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi, kemungkinan sakit jantung lebih adalah tinggi.

“Kadangkala, doktor sendiri sukar untuk menentukan sama ada seseorang pesakit itu diserang penyakit jantung atau lain-lain punca,’’ ujarnya.

Tambah beliau, biasanya keadaan ini dipanggil sakit dada atipikal yang memerlukan penyiasatan lanjut seperti elektrokardiogram (EKG) di mana kejadian elektrik jantung dirakamkan di atas jalur kertas yang bergerak. Lain-lain penyiasatan termasuklah ujian darah troponin.

“Sentiasalah menyimpan ubat aspirin di rumah atau pejabat untuk digunakan semasa serangan jantung berlaku,’’ saran beliau.

Kadang-kadang, jelas Dr. Nor Izham lagi, pesakit tidak merasakan sakit dada (infark senyap) disebabkan oleh penyakit kencing manis yang merosakkan saraf (neuropati autoimun). Bagaimanapun, simptom-simptom lain seperti sesak nafas dan berpeluh masih ada.

Infark merupakan suatu tisu mati pada kawasan kecil setempat yang terjadi akibat bekalan darah yang tidak mencukupi. Infark senyap adalah lebih berbahaya kerana tidak terasa dan oleh itu, tidak diberikan rawatan.

Justeru, walau apa pun kesakitan dada yang anda alami, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Menunggu terlalu lama sebelum mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian dan kerosakan yang kekal pada jantung yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

Sebab-sebab lain sakit dada

* Masalah sistem penghadaman seperti gastrik, ulser perut, penyakit pundi hempedu, batu karang, senak, pedih hulu hati atau refluks gastroesofageal (GERD)

* Sakit sendi rusuk (Costochondritis)

Saraf (Spondilosis Servikal, berkaitan tulang belakang)

* Pneumonia, darah beku ke paru-paru (embolism pulmonari), udara dalam kaviti pleura akibat lubang pada permukaan paru-paru atau dinding dada yang menyebabkan paru-paru jatuh (pneumotoraks) dan pleurisi.

Dalam kes-kes sebegini, sakit dada selalunya bertambah buruk jika anda menarik nafas dalam-dalam atau batuk dan selalunya terasa menyucuk dan mendadak.

* Asma yang diiringi dengan nafas tercungap-cungap, ronkus (bunyi pernafasan bernada rendah) dan batuk

* Darah gemuruh, panik dan hiperventilasi.

Jika sakit kuat atau ada gejala-gejala lain seperti sesak nafas dan berpeluh, segeralah berjumpa doktor.

Diagnosis

* Ujian stres

* Imbasan ekokardiogram

* Angiogram iaitu pemeriksaan pembuluh darah melalui sinar X.

Rawatan

* Pil Aspirin

* Pil Plavix

* Pil glyceryl trinitrate (GTN) yang diletakkan di bawah lidah

* Suntikan streptokinase untuk mencairkan darah beku pada saluran jantung

* Pembedahan belon angioplasti boleh dilakukan bagi mengembangkan saluran darah yang sempit atau tersumbat

Pencegahan

* Jangan merokok

* Ambil pemakanan atau diet sihat

* Amalkan senaman, gaya hidup sihat

* Kawal berat badan

* Kawal tekanan darah tinggi

* Kawal tahap kolesterol darah

* Kawal penyakit kencing manis

* Uruskan stres atau tekanan mental dengan baik

* Lakukan pemeriksaan perubatan tahunan termasuk EKG dan ujian stres bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas.



Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Tuesday, November 28, 2006

Bebaskan kiblat pertama

Oleh MASLEE MALIK


TANGGAL 2 Oktober mungkin tidak membawa erti yang besar bagi ramai orang. Berlainan pula dengan para pejuang isu Palestin dan juga para pengkaji sejarah Islam. Tarikh 2 Oktober merujuk kepada peristiwa besar yang berlaku pada tahun 1187 Masihi bersamaan dengan 27 Rejab tahun 583 Hijrah.

Tarikh tersebut juga tidak akan dilupakan bagi para pejuang kemerdekaan Palestin dan Masjid Al-Aqsa di waktu kini.

Mengapa tidak? Ia merupakan tarikh Masjid Al-Aqsa berjaya dimerdekakan oleh Salahudin al-Ayubi daripada penjajahan tentera Salib Eropah. Tarikh tersebut juga menyaksikan bagaimana Masjid Al-Aqsa yang ditawan oleh tentera Salib Eropah semenjak tahun 1099 berjaya ‘disucikan’ semula. Masjid yang telah ditukarkan kepada kandang-kandang kuda tentera Salib di zaman penjajahan mereka itu dicuci sendiri oleh Salahudin sebaik sahaja ia dimerdekakan.

Tarikh tersebut menyaksikan bagaimana azan pertama berkumandang melalui kubah Masjid Qibli, yang sekarang ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Usaha membebaskan kota Baitulmaqdis sekali gus memerdekakan Masjid Al-Aqsa bukanlah berlaku sekelip mata. Kesedaran dan kebangkitan telah dimulakan seawal zaman Imam al-Ghazali lagi. Usaha itu mencapai kepada tahap kematangannya di zaman Nurudin al-Zinki dan Imadudin al-Zinki.

Kemuncak usaha tersebut adalah pada zaman Salahudin Al-Ayubi. Beliau menjadi pemangkin kepada usaha hampir sekurun itu dan telah berjaya memetik hasilnya. Selepas berjaya menjadi penguasa Mesir, Kurdistan di Iraq, dan juga kawasan Syam, beliau mula mengumpulkan kekuatan untuk memerdekakan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Kekuasaan dan pengaruh yang beliau miliki dikumpulkan semata-mata untuk memerdekakan Al-Aqsa. Sehingga ada yang mengatakan bahawa Salahudin tidak pernah makan lebih daripada satu lauk dan tidak pernah tersenyum sebelum Al-Aqsa berjaya dimerdekakan. Pemikirannya, tumpuannya dan juga seluruh kehidupannya ditumpukan untuk mengusahakan kemerdekaan Al-Aqsa.

Berjaya

Operasi memerdekakan Al-Aqsa bermula dengan peperangan Hittin yang menyaksikan kemenangan gilang gemilang tentera muslimin di bawah pimpinan Salahudin. Tentera Salahudin seramai belasan ribu orang telah berjaya mengalahkan tentera Salib di bawah pimpinan raja Baitulmaqdis sendiri yang berjumlah lebih 63,000 orang. Peperangan yang berlaku pada 4 Julai 1187 itu menyaksikan lebih 30,000 tentera salib dibunuh, manakala 30,000 yang lain dijadikan tawanan perang.

Kemenangan di Hittin merupakan petanda kemenangan awal umat Islam untuk memerdekakan Al-Aqsa. Umat Islam bagaikan disuntik dengan semangat jihad yang baru dan berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan mereka. Kilauan kubah sakhra di Masjid Al-Aqsa bagaikan memanggil mereka. Dari Hittin para mujahidin di bawah pimpinan Salahudin meneruskan operasi mereka.

Pada 10 Julai, iaitu tidak sampai seminggu sahaja, mereka berjaya memerdekakan kawasan Tiberia dan kemudiannya wilayah Akka yang semakin hampir dengan Baitulmaqdis. Hari-hari berikutnya mereka telah berjaya memerdekakan al-Nasirah, Safawiyah, Qaysariayh, Haifa, Arsuf, Nablus, al-Fulah, Deboreyah, Jenin, Ze‘in, al-Tur, al-Lijun, Bisan dan semua kawasan di dalam wilayah Akka dan Tiberia. Mereka kemudiannya terus mara untuk memerdekakan Yafa dan Saida pada 29 Julai, dan kemudiannya memerdekakan Beirut pada 6 Ogos.

Kemaraan pasukan mujahidin tersebut akhirnya semakin mendekati Baitulmaqdis apabila Ramlah, Yanbih, Bait Lahm, Hebron dan Asqalan berjaya mereka merdekakan daripada jajahan penjajah Salib. Sungguhpun demikian, Salahudin tidak terus mara ke Baitulmaqdis, tetapi mengepungnya dengan memerdekakan seluruh kawasan yang mengelilingi Baitulmaqdis. Strategi tersebut telah berjaya memastikan Baitulmaqdis benar-benar berada di dalam kepungan para mujahidin. Pada 4 September, Gaza, Natrun, Bait Jibril dan lain-lain kawasan yang menghadap ke laut di sebelah barat Baitulmaqdis pula dimerdekakan.

Dalam tempoh dua bulan sahaja, Salahudin dan tentera Muslimin telah berjaya memerdekakan 50 buah bandar dan kota di sekitar Baitulmaqdis. Akhirnya beliau mempersiapkan tentera Muslimin untuk mara ke Baitulmaqdis.

Berazam

Salahudin mula mengepung kota Baitulmaqdis pada 20 September tahun tersebut. Beliau berazam untuk tidak menyebabkan kerosakan pada kota tersebut dan berusaha untuk tidak menumpahkan darah kecuali jika perlu. Beliau mengidamkan untuk mengulangi sejarah Umar bin Khattab yang telah berjaya memasuki Al-Quds tanpa menyebabkan kerosakan pada kota tersebut. Bagaimanapun pihak penjajah Salib lebih memilih untuk berperang demi mempertahankan kota tersebut.

Pertempuran yang hebat berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Pihak penjajah Salib yang mempunyai lebih 60,000 tentera di dalam kota tersebut telah berperang sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Akhirnya, apabila mereka yakin bahawa kekalahan di pihak mereka merupakan satu yang pasti, mereka telah menyerah kalah. Siang 2 Oktober 1187 telah menyaksikan kota Baitulmaqdis beserta Masjid Al-Aqsa sekali lagi berjaya dimerdekakan oleh umat Islam.

Khutbah Jumaat pertama di Masjid Al-Aqsa selepas dimerdekakan adalah Kadi Mahyudin bin Zakiyudin. Beliau telah diminta oleh Salahudin untuk memberikan khutbah pertama di Masjid Al-Aqsa selepas hampir sekurun tiada khutbah dan tiada solat Jumaat dibenarkan di sana. Solat Jumaat dan juga khutbah berkenaan telah dihadiri oleh ribuan jemaah dari sekitar Baitulmaqdis dan juga para mujahidin yang berjuang untuk memerdekakannya.

Khutbah yang mengandungi pujian, keinsafan dan juga kata-kata semangat kepada kaum muslimin telah memberikan kegembiraan dan juga semangat yang tidak terhingga kepada kaum muslimin untuk meneruskan jihad mereka demi memerdekakan keseluruhan bumi Syam yang telah dijajah oleh penjajah Salib dari Eropah.

Umat Islam pada hari ini sekali lagi menantikan peristiwa seumpama 2 Oktober 1187M itu. Masjid Al-Aqsa yang telah dijajah oleh kaum Yahudi Zionis semenjak tahun 1967M sedang menantikan Salahudin kontemporari untuk membebaskannya. Masjid Al-Aqsa yang kini sedang menghadapi ancaman dan konspirasi Zionis untuk merobohkannya benar-benar mengharapkan agar munculnya Salahudin yang moden bersama para tentera Muslimin untuk menyelamatkannya dari diruntuhkan.

Masjid Al-Aqsa kini teramat memerlukan kemunculan Salahudin milenium ini agar dapat menyelamatkannya dari terus diruntuhkan dan digantikan dengan kuil Yahudi yang dinamakan sebagai ‘Haychal’. Persoalannya, di manakah Salahudin tersebut? Dan bilakah dia akan muncul?

Pada Jumaat 29 September 2006 yang lalu, umat Islam di Baitulmaqdis sedikit sebanyak telah dapat bergembira. Bukannya kerana mereka telah berjaya memerdekakan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa masih lagi diancam. Masjid Al-Aqsa masih lagi menghadapi bahaya untuk dirobohkan. Lapisan bawah Masjid Al-Aqsa masih lagi digali, dan aktiviti penggalian tersebut telah menyebabkan keretakan kepada masjid berkenaan. Kuil (Sinagogue) Yahudi yang telah dirasmikan pada 3 Januari 2006 yang lalu masih lagi berada di bawah masjid.

Tentera-tentera Zionis masih lagi berkawal dan menghalang kaum muslimin daripada memasuki masjid. Walau bagaimanapun kesemua ini terubat apabila umat Islam di Baitulmaqdis dan sekitarnya buat pertama kali telah dapat menunaikan solat Jumaat di dalam masjid buat pertama kalinya semenjak akhir bulan Jun yang lalu.

Walaupun undang-undang yang melarang umat Islam di bawah 45 tahun daripada memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa masih lagi berkuat kuasa, namun kaum muslimin dapat mengatasi itu semua. Walaupun tentera-tentera Zionis masih lagi mengawal kota Baitulmaqdis dan pintu-pintu masuk ke dalam masjid, namun kehadiran ribuan jamaah muslimin pada hari Jumaat tersebut tidak berjaya mereka halang.

Kejayaan tersebut kembali kepada kempen ‘Masirat al-Bayariq’ yang telah dilancarkan oleh Syeikh Raed Salah dan rakan-rakannya. Beliau yang terkenal dengan julukan ‘Syeikh al-Aqsa’ telah menggerakkan usaha membawa rombongan kaum Muslimin dari sekitar Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan berdekatan untuk membanjiri kawasan masjid. Dianggarkan puluhan ribu kaum muslimin telah hadir pada hari Jumaat tersebut.

Jika sebelum ini, kaum muslimin terpaksa bersolat di luar kawasan masjid kerana dihalang, kini kehadiran puluhan ribu mereka bukannya lawan bagi para tentera Zionis yang berkawal. Walaupun panas terik mentari dan juga keadaan para jemaah yang berpuasa, ia tidak sekali-kali menghalang mereka untuk terus membanjiri Masjid Al-Aqsa untuk bersolat Jumaat dan juga mendengar khutbah buat kali pertama semenjak hampir empat bulan yang lalu. Keadaan tersebut mengingatkan mereka kepada peristiwa 2 Oktober 1187 sewaktu Masjid Al-Aqsa berjaya dibebaskan oleh Salahudin.

Semoga dengan apa yang berlaku pada awal Ramadan ini akan menjadi langkah permulaan untuk kemerdekaan Masjid Al-Aqsa di masa hadapan. Jika Hizbullah berjaya mengalahkan tentera Zionis di Lebanon, mengapa tidak umat Islam di seluruh dunia berusaha untuk membebaskan kiblat pertama mereka, masjid ketiga suci dan juga bumi Israk dan Mikraj?

Jika tidak kaum muslimin, maka siapa lagi? Jika bukan sekarang, maka bila lagi? Persoalannya, di manakah Salahudin masa kini?


Ya Allah!! Ampunkan dosa kami yg terlalu meringankan perjuangan saudara kami di Palestin dan kami berlindung kepadaMU ya Allah daripada termasuk dalam golongan yg Engkau murkai dan golongan yg sesat..

Selamatkanlah saudara kami di Palestin, di Iraq, di Kashmir, di Afghanistan, di Chechen, di Naratiwat, di Tak Bai dan diseluruh pelusok dunia ini ya Allah.

Berikanlah mereka kekuatan iman dan keteguhan pendirian dalam menentang musah-musuhMU ya Allah.

Berikanlah kami kejayaan dalam mengalahkan mereka yg menentang agamaMU ya Allah..amieen ya Rabb



Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Mat rempit boleh bantu tangani ragut



KUALA LUMPUR: Putera Umno mahu menjadikan mat rempit sebagai mata dan telinga polis bagi membantu menangani kegiatan ragut dan pelbagai masalah jenayah lain di negara ini.


Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata perkara itu sudah dinyatakan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dalam pertemuan dengan Putera Umno, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mendekati mat rempit bertujuan menjadikan mereka masyarakat berguna dan dapat memberi sumbangan bermakna kepada bangsa dan negara.

“Saya nyatakan kepada Ketua Polis Negara, kita nak bantu menjadikan mereka mata dan teliga serta Rakan Cop.

“Kalau boleh Putera Umno nak mendekati mat rempit ini dan bantu polis menangani kes ragut, iaitu satu mat rempit tangkap satu peragut yang secara tidak langsung boleh mensifarkan kegiatan itu yang begitu berleluasa di kampung dan bandar pada masa ini.

“Sebab itu, Putera Umno tidak menganggap mat rempit musuh, sebaliknya mendekati golongan itu kerana mereka juga aset negara yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada pemberita yang ditemui selepas majlis Jamuan Hari Raya Putera Umno bersama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pandan di Jambatan Lingkaran Tengah Kampung Pandan di sini, semalam.

Sempena majlis itu, beliau juga melancarkan Kelab Motosikal Putera Umno Pandan. Hadir sama Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idros dan Ketua Pemuda Umno bahagian Pandan, Abdul Ghani Ismail.

Abdul Azeez yang juga Exco Pemuda Umno, berkata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengarahkan Putera Umno jangan bersikap berpeluk tubuh, sebaliknya mendekati mat rempit supaya menyertai program Putera dan Pemuda.

Beliau tidak menafikan ada pihak mempertikaikan usaha mendekati mat rempit termasuk menuduh Putera dianggotai penagih dadah.

Katanya, pandangan dan tuduhan itu sama sekali tidak melemahkan Putera Umno kerana yang penting pihaknya mahu membuktikan sikap liar mat rempit boleh ditangani.

“Masalah ini (mat rempit) sudah berlaku sejak 20 tahun lalu dan tidak ada pihak mahu menanganinya. Putera Umno hanya baru masuk minggu ke 15 mendekati mat rempit, jadi berilah peluang kepada kami untuk mengubah pemikiran mat rempit ini.

“Saya juga berterima kasih kepada media yang dilihat dapat membantu memberi kesedaran untuk mengubah sikap mat rempit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak hampir empat bulan lalu, kira-kira 10,000 mat rempit di Lembah Klang sudah mengisi borang untuk menyertai Putera Umno.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk dari negeri lain sejak Putera Umno menjalankan program mendekati golongan itu.

“Kita tidak memaksa mereka menjadi ahli Putera tetapi program mendekati mat rempit salah satu agenda Putera Umno untuk mengubah sikap dan minda golongan itu ke jalan yang betul,” katanya.

Saya dengan tegasnya menyatakan TIDAK MENYOKONG langkah yg dibuat oleh Putera Umno ini. Banyak lagi perkara yg lebih penting yg perlu diberikan perhatian bukan kepada MAt-mat BODOH NI.....


Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka


Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Kursus MAP 25 & 26 Nov 2006

Alhamdulillah..sekali lagi dengan izin Allah, ana dan team MAP diizinkan Allah dapat melaksanakan amanah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Melayu dan Islam. Motivasi kali ini berjalan di pejabat utama MAP iaitu di Medan Gopeng, Ipoh...

Peserta seramai lebih 170 orang pelajar..InsyaAllah..mudah-han di doakan mereka ini semua menjadi pejuang dan srikandi2 Islam yg tulen...Ameiin...

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Kursus MAP pada 18 & 19 Nov 2006

Alhamdulillah, Segala Puji dan Syukur hanya kepada Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

Dengan Izin Allah, ana dan team MAP telah selamat menjalankan kursus motivasi kepada pelajar-pelajar pada 18 & 19 Nov yang lepas. Kursus motivasi dijalankan di Wisma Belia, jln Syed Putra dan seramai lebih 200 pelajar yg terlibat.

Kursus tersebut merupakan kursus motivasi pertama yg ana jalankan setelah berehat lama menyambut kedatangan Ramdhan Karim dan sambutan Hari Raya.

Terasa juga di hati ini perasaan risau dengan kekuatan suara ana setelah hampir 2 bulan 'berehat'. Tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Pada 19 Nov, iaitu selepas motivasi itu selesai, ana dan zaujah berangkat pulang ke kampung di Melaka menziarahi ibunda yg tidak berapa sihat.

Alhamdullilah, kedatangan ana dan zaujah serba sedikit dapat menyuntik semanagat ibunda dalam mengahdapi ujian daripada Allah.

ana doakan ibunda akan tetap tabah dan sabar serta diberikan Allah kesihatan badan yg baik..amieen...

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

4,000 kanak-kanak terjebak pelacuran


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun adalah antara lebih 4,000 kanak-kanak yang dikesan terbabit dalam kegiatan pelacuran di seluruh negara.


Kajian lima tahun oleh pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Lukman @ Zawawi Muhammad Lukman mendapati, usia 'bapa ayam' atau individu yang mengawal pelacur kanak-kanak juga semakin muda iaitu antara 18 hingga 20 tahun.

Kajian bertajuk ‘Kanak-kanak Dalam Pelacuran’ turut menemui kes pelacuran yang diwarisi sesebuah keluarga selama tiga generasi sejak sebelum merdeka iaitu daripada ibu kepada anak dan seterusnya kepada cucu.

Lukman, dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, berkata kajian yang dilakukannya di seluruh negara itu juga menemui kes seorang ibu menyuruh anak perempuannya berusia 11 tahun melakukan hubungan seks kali pertama bersama teman lelakinya.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,315 kes kanak-kanak berusia bawah 18 tahun terbabit dalam pelacuran antara 1995 hingga 1999. Jumlah itu adalah kes yang berjaya diselamatkan.

“Jumlah yang gagal diselamatkan dipercayai lebih ramai lagi. Kebanyakan kisah pelacur kanak-kanak ini sangat sedih. Mereka tidak meminta menjadi pelacur tetapi dipaksa termasuk ibu mereka yang juga pelacur.

“Pernah saya menangis dua hari dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja kerana mendengar kisah pelacur kanak-kanak ini,” katanya.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Rafek Reshidullah ketika diminta mengulas hasil laporan itu mengakui ada kes pelacuran membabitkan remaja bawah 18 tahun, tetapi tidak seawal usia sembilan tahun.

“Setakat ini, belum ada kes kanak-kanak berusia sembilan tahun terbabit dalam pelacuran dirujuk kepada JKM, tetapi di rumah perlindungan ada yang berusia 14 tahun ke atas. Kami berharap dapat berkongsi maklumat dengan UKM hasil kajian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rafek berkata, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan untuk kes membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun sama ada penderaan, penderaan seksual, kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran.

Menurut kajian itu juga kebanyakan kanak-kanak terbabit bukanlah daripada keluarga miskin tetapi sederhana yang mana ibu bapa mereka memiliki pekerjaan stabil di bandar.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak lagi bersekolah, tercicir daripada sistem persekolahan dan meninggalkan alam persekolahan pada usia antara 12 hingga 15 tahun. Ada antara mereka melacur dengan bayaran serendah RM10,” kata Lukman.

Faktor utama mendorong kanak-kanak itu menjadi pelacur adalah kepincangan dalam keluarga seperti berlakunya aktiviti keganasan rumah tangga, perceraian, penderaan, kurangnya kasih sayang kepada anak-anak selain gangguan seksual terhadap kanak-kanak seperti rogol dan cabul.

"Apabila kanak-kanak kurang mendapat kasih sayang, dan menjadi mangsa penderaan emosi atau fizikal, ada pihak menawarkan kasih sayang kepada mereka sehingga terjerumus dalam kegiatan negatif seperti dadah seterusnya pelacuran,” katanya.

Kajian itu turut mendedahkan lelaki yang melanggan pelacur kanak-kanak adalah daripada pelbagai golongan termasuk profesional. Turut dikesan melanggan mangsa

ialah penganggur, pemandu teksi serta lelaki bujang dan yang sudah berkahwin kerana menganggap pelacur kanak-kanak sebagai objek seks.

Lukman menyarankan lelaki yang menjadi pelanggan perlu dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya kanak-kanak terbabit tidak wajar dihukum masyarakat dan dipandang hina.

Beliau kesal kerana masyarakat memandang hina golongan itu tanpa cuba memahami dan membantu mereka kerana tiada kanak-kanak yang meminta dijadikan pelacur.

“Kanak-kanak ini membesar dengan psikologi tidak normal kerana sejak kecil terdedah dengan tontonan terhadap perlakuan negatif, antaranya daripada ibu bapa yang bercerai, keganasan rumah tangga dan penderaan termasuk penderaan seksual.

“Kerosakan psikologi kanak-kanak ini menyebabkan kelumpuhan psikologi dan mereka cenderung melakukan aktiviti dan tingkah laku yang merosakkan diri mereka sendiri sepanjang membesar,” katanya.

FAKTA
Kajian pelacur kanak-kanak


  • Membabitkan 63 responden antara sembilan hingga 18 tahun.
  • Lebih 80 peratus daripada mereka tidak bersekolah, mangsa penderaan (fizikal, emosi dan seksual seperti rogol dan cabul), memendam kemarahan, pernah melarikan diri dari rumah.
  • Lebih 70 peratus adalah mangsa perceraian ibu bapa, keganasan rumah tangga, terdedah kepada seks oleh orang yang mereka kenali, menjalankan aktiviti pelacuran dengan kawalan pihak tertentu.
  • Lebih 60 peratus mengambil alkohol dan dadah sebagai cara melupakan penderaan ketika pelacuran, tidak menggunakan alat pencegah hamil ketika melayan pelanggan.
  • Antara 40 hingga 60 peratus mengaku melayan enam hingga 10 lelaki setiap hari, melacur setiap hari.






  • Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Monday, November 06, 2006

    Ana bersama dengan adik ke-5 (Mohd Shahril bin Shahari) dalam majlis konvokesyen di UITM Shah Alam. Alhamdulillah beliau diantara pelajar cemerlang diploma kejuruteraan elektrik dan kuasa. Sekarang beliau melanjutkan ijazah sarjana muda dalam bidang yg sama di universiti yg sama.



    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Tangisan Hebat Rasullulah saw

    Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang
    hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu
    yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka
    segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

    "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
    bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
    sambil
    berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

    Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
    berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
    Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
    "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh
    ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi
    tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

    "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
    kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
    ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
    kekasihku, Muhammad Rasulullah."

    Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
    bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
    jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

    "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
    pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum
    pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

    Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah
    aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat
    Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
    dirinya.

    "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
    untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
    s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

    "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
    biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
    mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
    dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
    orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
    mengingkarinya."

    Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
    berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
    bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
    dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
    hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
    mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
    pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

    "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
    perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
    dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau
    perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan
    akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan
    betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
    memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
    betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran
    hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

    Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
    menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
    air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat
    Jibril turun lagi seraya berkata:

    "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
    Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
    Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
    Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
    juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
    semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
    sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu
    menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

    Nota: Sabda RAsulullah S.A.W "Sampaikan dariKu walau satu ayat

    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    CINTA??? APA ITU CINTA SEBENARNYA?

    Oleh : Ust Pahrol Mad Juoi

    Pertama ingin saya tegaskan bahwa, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara semberono begitu sahaja. Justeru Allah juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya.

    Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

    Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri.

    Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

    Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.

    Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

    Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku.

    Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

    Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya.

    Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW:
    “Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.”

    Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya – Cinta Monyet!

    Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?” Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

    Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Kelak bila anda sudah menjadi suami dan istei maka bercintalah lagi. Mudah-mudahan cinta itu kekal abadi hingga ke syurga tempat pertama yang melahirkan cinta!


    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Cerita Yang Memberikan Iktibar

    Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diruyung minda.

    Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

    Zubir,

    Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!

    Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

    Zubir,

    Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

    Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

    Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

    Zubir,

    Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

    Zubir,

    Aku mula abaikan Natasya. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

    Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

    Zubir,

    Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

    Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

    Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

    Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

    Zubir,

    Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak ku ucapkan.

    Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

    Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.

    Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri!

    Kesihatan Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

    Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah.

    Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natasya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

    Zubir,

    Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!

    Megat Iskandar,
    23 January 2002. Malaysia.

    Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

    TAMAT


    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Air Mata Takutkan Allah

    Rasulullah S.A.W telah bersabda, "tidak akan masuk neraka orang yg menangis krn takut kpd ALLAH sehingga ada air susu ke tempat asalnya."

    Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bhawa akan didatangkan seorang hamba pd hari kiamat nanti, & sangatlah berat timbangan kejahatannya, & telah diperintahkan utk dimasukkan ke dlm neraka.


    Maka salah satu drp rambut2 matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,sesiapa menangis krn amat takut kpd ALLAH S.W.T maka ALLAH telah mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis krn amat takut kpd-Mu."

    Akhirnya ALLAH mengampunkan hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkatsehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kpd ALLAH.Malaikat Jibrail mengumumkan, "telah selamatlah ia hanya disebabkan sehelai rambut."

    Dalam sebuah kitab lain, bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatngkan neraka jahanam dgn mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yg sgt menggerunkan!! Semua umat manusia berlutut kerana kesusahan & kesengsaraan menghadapinya.

    ALLAH S.W.T berfirman ygt bermaksud, " Kamu lihat (pd hari itu) setiap umat berlutut ( yakni merangkak dgn lutut)Tiap2 umat diseru kpd buku amalannya. ( dikatakan kpdnya) : Pada hari ini kamu akan dibalas mengikut setiap apa yg telah kamu kerjakan." (Surah al-Jatsiyah, ayat 28 )

    Sebaik shj mereka menghampiri api neraka, mereka lalu mendengar kegeraman api neraka dgn nyalaan apinya, dan diterangkan dlm kitab tersebut bhawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun PERJALANAN !!!

    Pada waktu itu akan berkatalah setiap orang, & juga nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku ( Selamatkanlah diriku, Ya ALLAH)." kecuali hanya seoarng nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliaulah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad akan berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api ! Demi hak orang2 yg solat, demi hak orang2 yg ahli sedekah, demi hak orang2 yg khusyuk, demi hak orang2 yg berpuasa, agar engkau kembali."

    Walaupun diucapkan sedemikian, api neraka tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail pun berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju ke arah Nabi Muahammad S.A.W." Kemudian Jibrail membawa semangkuk air & Rasulullah meraihnya. Berkata Jibrail A.S "Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah padanya."Lalu Rasulullah menyiram api neraka itu, lalu padamlah ia dengan izin ALLAH."

    Setelah itu Rasulullah pun bertanyalah kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, air apakah itu?"

    Jawab Jibrail,"Itulah air mata orang yg derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T & sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau dapat menyiraminya.

    Telah bersabda Rasulullah S.A.W ,"Ya ALLAH, anugerahilah kami 2 biji mata yang menangis kerana takutkan-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


    1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

    2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

    3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

    4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

    5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
    Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

    6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

    7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain
    pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

    8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
    * untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
    * untuk menghapuskan kemungkaran
    * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
    * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

    9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

    10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


    YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI HATI KAMI
    DI DALAM PANJI AGAMA ISLAM
    DAN
    KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI.
    KUPOHON PADAMU YANG MAHA PENGASIH,
    JANGAN KAU PALINGKAN HATI KAMI
    SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR KEPADA KAMI.
    MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU.
    ...AMIN...


    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Friday, November 03, 2006

    Gambar Pertunangan


    Pertunangan ana dengan zaujah ana sekarang berlaku pada 31 Ogos 2005. Alhamdulillah urusan majlis ini berjalan dengan baik dan teratur. Gambar ini menunjukkan nenek ana (Hajah Munah) sedang menyarungkan cincin pertunangan kepada Zaujah ana (Nor Sazila bte Darun Shah). Kami bertunang selama 3 bulan 23 hari sahaja. Tunggukan gambar perkahwinan kami.....



    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Thursday, November 02, 2006

    Mengapa Lidah Kelu Disaat Kematian?

    Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.



    Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
    "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

    Banyak fadhilatnya.
    Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

    Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lami

    Bila Malaikat Mencabut Nyawa

    Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

    Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

    Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itudengan berkata:
    "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah "S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukminitu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekahdari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan imu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusapkepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
    Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat denganberjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlisilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmindari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arahtelinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga makatelinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah inikerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran danzikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang berimanitu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. makamalaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepadaAllah S.W.T maka keluarlah roh rsebut dari arah mulut dengantenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata AbuBakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke SyurgaIlliyyina.
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
    digunungdari minyak misik.
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam nerakaSijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hariKiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat padahari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalambulan ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    Sakaratul maut, Siapkah kita menghadapinya ?

    Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

    "Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

    "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Alloh (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

    Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Alloh, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

    "Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Alloh Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Alloh Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris."Assalamu'alaikum, yaa Nabi Alloh". Salam Malaikat Izrail, "Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s.Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

    Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

    Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan."Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s)."Subhanalloh, (Maha Suci Alloh)" kata Nabi Idris a.s."Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut."Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s.

    Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s

    perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s."Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s."Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya."Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius."Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Alloh, aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam."Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail."Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Alloh SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku".

    Pinta Nabi Idris a.s."Tanpa seizin Alloh, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Alloh Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Alloh SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Alloh mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali."Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail."Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s."Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.MasyaAlloh, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?Siapkah kita untuk menghadapinya

    Selamat Hari Raya....

    Assalammualaikum...
    Selamat Hari Raya Buat Semua...