Wednesday, January 02, 2013

Selamat Berjuang Para Muallim & Muallimah

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat2 yg bekerjaya sebagai murobbi, pendidik,guru,pengajar,teacher dan sebagainya. InsyAllah kita akan sama-sama memulakan langkah mendidik bakal-bakal pemimpim,pejuang,srikandi,saintis,ilmuan,ulim ulama' islam terunggul bermula pagi ini (2 Januari 2013). Mulakanlah langkah kita dengan hati yang hati ikhlas yang berkekalan, semangat yg berterusan, usaha yg berpanjangan,Semoga dari situ akan terpancar Rahmat dan Redha daripada Allah SWT. Situasi masyarakat hari ini yang kritikal ditambah kes-kes pelajar yang semakin meruncing telah membawa kita yang cintakan Islam untuk sama-sama berfikir mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sesungguhnya penyakit umat hari ini merupakan penyakit yang sama berlaku kepada umat sebelum ini atas kelalaian kita semasa sihat. Nikmat sihat ini juga merupakan ujian terbesar kita. Tidak ada jalan penyelesaian yang paling sempurna melainkan jalan yang telah ditunjukkan oleh kekasih kita dan kekasih Allah,Baginda Rasulullah saw semasa merawat penyakit umat ketika itu. Mulakan diri sendiri, keluarga terdekat,masyarakat dan seterusnya sehingga tertegakknya ustazul alam. Inilah cabaran sebagai muallim untuk melahirkan generasi yang faham agama dengan sebenar-benarnya. Kefahaman yang mendalam dalam diri akan menggerakkan setiap urat nadinya,buah fikirannya, tenaganya untuk penyebaran kefahaman Islam yg sebanar kepada masyarakat. Tetapi penyebaran ini perlu mendapat dokongan dan sokongan yg tidak berbelah bahagi daripada teman sehati sejiwa dalam keluarganya sendiri. Isteri atau suami serta anak-anak yg faham akan kepentingan ini akan memudahkan segala urusan dakwah ini dapat berjalan dengan sistem yg telah dirancang dan tersusun. Kesimpulannya ia tidak dapat lari daripada permulaan juzuk yang paling kecil, iaitu diri sendiri. Ayuh para Muallim & mualliamah kita mulakan 2013 ini dengan iltizam sebagai murobbi yang sebenar. Selamat Berjuang Para Muallim & Muallimah terutamanya di sekolah ana; Sekolah Rendah Imtiyaz. Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

No comments: