Wednesday, April 28, 2010

Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (KOSMAZ)

Salam buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab asasi kita iaitu untuk beribadat dan menyembahNya.

Dikesempatan ini ana ingin menarik perhatian semua sahabat tentang satu konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (KOSMAZ) yang akan diadakan pada 13 Mei 2010 (Khamis) bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Berbagai aktiviti menarik yang disediakan diantaranya ceramah,persembahan multimedia, jualan dan sebagainya.

Sahabat semua boleh melayari blog ini http://kosmaz.wordpress.com/ untuk mendapat maklumat lanjut dan membuat pendaftran.

Yang penting konvensyen ini adalah PERCUMA. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama menghayati suasana yang berlaku di palestin terutamanya di Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan Kiblat pertama Umat Islam.

Sebar-sebarkan majlis ini untuk kebaikan bersama.

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Dimanakah Hala Tuju Belia Islam di Malaysia



Berita dari Kosmo 27 April 2010



Youth '10 sediakan 100 acara

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com


PELBAGAI aktiviti telah dilakukan bagi mengatasi masalah sosial golongan belia. Salah satu aktiviti itu ialah Youth '10 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara yang menyediakan kira-kira 100 aktiviti itu menyasarkan golongan belia berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Tumbuh daripada benih Youth '08, Youth '10 dijangka dihadiri 70,000 belia dari seluruh negara. Ramalan itu susulan daripada kejayaan program sebelum ini.

Pada Youth '08, lebih 21,000 belia berkumpul dalam festival tersebut dan bilangannya meningkat kepada 37,600 orang pada Youth '09. Diramalkan, Youth '10 akan menjadi festival belia Malaysia terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Menurut Pengurus Projek YouthMalaysia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Youth Asia, Joel Neoh, program sebegini telah berkembang sebagai platform penting bagi organisasi itu dalam memberi inspirasi kepada belia Malaysia supaya menjadi manusia yang berguna pada masa depan.

SEMINAR pembangunan diri dan kerjaya sentiasa mendapat sambutan belia.

Sehubungan itu, aktiviti yang diadakan meliputi pelbagai bidang termasuk muzik, sukan, tarian, fesyen, pameran dan jualan serta persidangan.

Dengan tema 'Sebuah Generasi Para Pelaku', persidangan kali ini bakal memberikan satu medium pertukaran pendapat dan idea antara golongan belia yang telah berjaya.

Youth '10 membawa topik perbincangan yang meliputi kepimpinan, usahawan, kreativiti, pembangunan kerjaya dan media sebagai saluran sosial.

Persembahan

Ia bakal memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai rahsia-rahsia kejayaan yang boleh menjadi pemangkin dalam meningkatkan daya saing mereka.

Seperti Youth '09, program tahun ini turut mempunyai sudut gerai menjual barangan DIY (Do-It-Yourself), permainan video, sudut graffiti dan pentas terbuka bagi pemuzik indie dan underground beraksi serta pertandingan menari gaya bebas.


PENDEDAHAN kepada gaya hidup aktif dijelmakan menerusi sukan bola keranjang.

Acara sebegini dapat mengumpulkan para belia daripada pelbagai golongan yang mempunyai minat berbeza di bawah satu bumbung.

Matlamat itulah yang ingin dicapai oleh Joel. Menyedari remaja mempunyai minat yang berlainan dan lebih cenderung bergaul dengan rakan yang memiliki minat yang sama, Joel mengambil inisiatif menemukan mereka.

"Youth bertujuan mendedahkan para remaja kepada aktiviti lain yang diminati rakan sebaya bagi mengembangkan lagi minda mereka terhadap perkara lain yang ada di luar ruang minat mereka," jelas Joel.

Antara aktiviti yang bakal menarik perhatian ramai adalah Battle of the Bands. Tahun lepas menyaksikan sebanyak 100 kumpulan menyertai pertandingan ini.

Graffiti

Selain daripada wang tunai RM5,000, band yang muncul juara diberi peluang untuk merakam karya asli mereka sebelum dijual di laman www.guamuzik.com.my.

Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk membuat persembahan. Jika buzzer dibunyikan sebelum masa dua minit tamat, bermakna kumpulan tersebut tidak berjaya.

Semuanya bergantung kepada reaksi penonton. Sebanyak 30 band akan dipilih untuk ke pusingan separuh akhir.

KIRI: GRAFFITI dapat menggantikan tabiat vandalisme.

Pada peringkat itu, setiap kumpulan diberi masa tiga minit untuk menonjolkan kehebatan mereka. Seperti pada pusingan kelayakan, reaksi penonton menjadi penentu.

Hanya 10 band yang berjaya menambat hati pengunjung akan meneruskan perjuangan hingga ke pusingan akhir yang akan diadili oleh sekumpulan juri.

Selain hadiah utama, pemenang tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 sementara lima band seterusnya akan diberi hadiah saguhati berupa wang tunai RM300.

Namun, yang berbeza pada Youth '10 ialah penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik turut mendapat habuan. Ia bagi menggalakkan belia terlibat secara langsung dalam industri muzik yang sememangnya menjadi kegilaan golongan itu masa kini.

Sementara itu, acara graffiti akan mendedahkan orang ramai kepada kepelbagaian coraknya bermula dengan tanda yang ringkas sehinggalah rekaan yang menarik, kompleks dan berwarna-warni.

Jika diamati, graffiti adalah satu bentuk seni tampak dan kebanyakan artis menggunakan daya kreativiti serta kemahiran mereka dalam menghasilkan karya.

Joel berpendapat dengan memberikan mereka ruang, semestinya karya-karya tersebut dapat diketengahkan dan dihayati oleh masyarakat. Malah ia mendedahkan kita kepada perbezaan antara graffiti itu sendiri dengan vandalisme.

MUZIK antara cabang aktiviti menyatukan remaja.

"Graffiti mementingkan aspek kepakaran dalam contengan berbanding vandalisme yang lebih terdorong ke arah contengan yang dibuat dengan pantas atau tergesa-gesa yang biasanya dilakukan di tempat persendirian sebagai cara untuk meluahkan perasaan," kata Joel.

Berdasarkan kejayaan sebelum ini, Youth '10 telah mendapat sokongan daripada penganjur bersama seperti Majlis Belia Selangor, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Sports Planet, Kelab Yo-Yo Malaysia, Hot FM, Fly FM, 8TV, TV3, TV9, Utusan Malaysia, Kosmo!, Bernama TV dan Pentas Aksi.



Allahuakbar..inilah diantara cabaran yang berat dipikul oleh Dai'e dalam menyelamatkan belia Islam kita dari terjerumus dalam kancah keruntuhan akhlak dan moral yang semakin menjadi-jadi.

Justeru itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) tampil mengenengahkan aktiviti-aktiviti dan program yang lebih menjurus kepada pembinaan jati dari dan sahsiah serta akhlak yang baik. PEMBINA sebagai satu persatuan alternatif yang berusaha menyelamatkan belia Islam di Malaysia dari tersu dirosakkan oleh agenda Barat dan Zinis yang memang ingin melihat belia Islam yang merupakan pelapis-pelapis pejuangan Agama Allah terkulai dengan gelombang hiburan yang mereka bawa.

Ayuh semua dai'e. Terus dan mantapkan usaha kita semua untuk melihat agama Allah ini terus subur di tanah yang bertuah ini.


Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Monday, April 05, 2010

Renungan Buat Seorang Daei

Salam sejahtera buat ikhwah yg dikasihi sekalian, semoga sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah.


Ikhwah yg dikasihi,

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kpd Allah krn dgn limpah kurniaNya,
Dia menemukan kita & mempertautkan ukhuwwah kita di atas jalan dakwah yg plg mulia ini.
Jln yg dilalui oleh para Rasul, Nabi2, shiddiqin, syuhadak, para mujahid &
para pendakwah ke arahNya sehingga akhir zaman. Ikhwah, jalan dakwah ini adalah jln yg panjang
yg melangkaui umur lapisan generasi. Ia juga adalah jalan yg dipenuhi ujian, dugaan, mehnah & tribulasi,
krn balasan bg mereka2 yg bersabar di atas jln ini ialah syurga firdaus yg tertinggi,
yg penghuninya adalah sebaik2 teman. Jalan dakwah ini juga adalah jln tarbiyah & jln penyucian diri,
shgga kita dapat memiliki sifat2 yg dikehendaki oleh Pencipta jln ini & seterusnya mencapai kemenangan
spt yg pernah dikecapi oleh golongan2 yg telah mendahului kita. Kita berdoa semoga kita sentiasa
tetap berada di atas jalan ini sehingga akhir umur kita & berada dlm syurga firdaus yg tertinggi bersama2
golongan yg di redhaiNya.


Ikhwah yg dikasihi,

Umat Islam pd zaman ini berada dlm keadaan yg lemah & dihina. Mereka tidak mampu membela nasib diri
shgga musuh2 mereka berani menghina Tuhan mrk & kekasihNya, merampas tanah mrk, membunuh saudara2 mrk,
merosakkan muda mudi mrk serta melakukan lain2 jenayah yg tak terungkapkan.
Puncanya tidak lain & tidak bukan kerana umat Islam sendiri telah jauh menyimpang dr ajaran Islam yg sbnr,
shgga Islam tidak lg menjadi pemerintah dunia. Kesempatan ini telah diambil oleh musuh2 Islam
utk menyerang umatnya dr segenap penjuru kehidupan dgn serangan berbentuk fizikal, mental mahupun ideologi.

Justeru adalah menjadi kewajipan para pendakwah menyedarkan umat ttg hakikat Islam yg sbnr,
mendidik & membimbing mereka ke arah mengamalkan Islam dlm setiap lapangan hidup mereka.
Fikrah@ideologi Islam yg benar harus disebar-luaskan shgga agama Islam dijunjung di muka bumi,
termasuklah di bumi Malaysia yg kita cintai ini. Inilah tugas dakwah, dan ia bukan merupakan tanggungjawab
alim ulama' shjmalahan taklif@tanggungjawa b ke atas setiap individu yg bergelar Muslim.
Oleh itu kita harus sedar akan tanggungjawab ini & berusaha mengubah diri, keluarga & masyarakat sekeliling kita.
Demikianlah tugas & peranan dakwah seperti yg kita fahami.


Ikhwah yg dikasihi,

Suatu hakikat yg tidak dpt dinafikan berkenaan dakwah adalah ia merupakan kewajipan yg tidak mungkin
dilakukan oleh individu perseorangan, malahan ia memerlukan umat Islam mempunyai
kesatuan@ikatan@ persatuan@ society yg menumpukan seluruh usahanya terhadap dakwah ini,
bukan hny terikat dgn dakwah pd masa lapangnya atau pd perasaan suka&relanya.
Ini kerana matlamat dakwah adalah matlamat yg besar iaitu utk menegakkan kalimah Allah di muka bumi,
menegakkan hujah Allah terhadap manusia di hari pembalasan serta mengislah@memperbai ki keadaan ummah.
Juga kerana para pendakwah perlu memperbaiki umat yg rosak iman & asas agamanya shgga
hilang jati diri mereka sbg muslim. Ia juga kerana musuh yg dihadapi oleh umat Islam adalah golongan musyrik & kafir
yg bersatu utk menjatuhkan mrk. Kiranya setiap Muslim hny melakukan dakwah yg benar ini mengikut masa lapangnya
nescaya Islam akan terus dihina & matlamat dakwah tidak akan tercapai sampai bila2!
Justeru dakwah memerlukan org2 yg tidak hny berdakwah dgn sikap sukarela & utk mengisi masa lapang.

Namun begitu, dakwah juga bukanlah paksaan kerana paksaan tidak diiktiraf oleh Islam.
Malah Allah memberikan keistimewaan pd manusia berbanding ciptaan2Nya yg lain dgn menjadikan kita
mempunyai pilihan sama ada utk memilih jln kebaikan atau jln keburukan & Allah mengarahkan kita memilih
kebaikan tanpa paksaan. Hikmahnya supaya kiranya kita memilih kebaikan maka darjat kita ditingkatkan &
ganjarannya adalah lebih besar. Demikian Allah memuliakan kita sbg khalifah di muka bumi.
Oleh itu, sekali lagi dikatakan bahawa tiada paksaan dalam dakwah.

Mungkin sbhgn dr kita tidak jelas hubungan antara dakwah & berpersatuan@ society justeru menganggap amal
berpersatuan@ society adalah amal sukarela. Oleh itu, ingin ditegaskan sekali lagi bahawa dakwah tidak dapat tidak
mesti dilakukan oleh sekumpulan manusia yg mempunyai matlamat yg sama iaitu utk menegakkan kalimah Allah &
mereka menumpukan sepenuh masa & tenaga utk kemandirian dakwah ini. Mereka juga melaksanakan dakwah &
tarbiyah secara berterusan serta menjaga batas2 syara' di dlm amal mereka.
Oleh itu, yakinlah bahawa amal berpersatuan yg kita usahakan skrg adalah sebahagian dr dakwah yg mampu kita lakukan
di peringkat ini. Kita mentarbiyah diri disamping menyebarkan fikrah & amal kita melalui program2 yg dirancang serta
menjadikan syara' sbg landasan amal kita. Inilah dakwah kita & sekali lagi tiada paksaan dlm dakwah.
Disini juga ingin dinyatakan perbezaan besar antara persatuan yg berasaskan dakwah dgn persatuan2 lain yg
bermatlamatkan keuntungan @ keduniaan. Tidak boleh disamakan antara keduanya.


Ikhwah yg dikasihi,

Sebagai kesimpulan, Dakwah berpersatuan@ society bukan paksaan mahupun sukarela.,
tetapi ia adalah taklif, tanggungjawab & tuntutan:

1. tuntutan utk berdakwah & menyebarkan kefahaman & amalan.
2. tuntutan utk ditarbiah & memperbaiki diri.
3. tuntutan menjaga & melaksanakan hak ukhuwwah.


Ikhwah yg dikasihi,

Sesungguhnya asas @ paksi jalan dakwah & tarbiyah ini adalah iman/taqwa & ukhuwwah, tiada satu tanpa yg keduanya.
Ketahuilah tingkat ukhuwwah yg terendah adalah bersangka baik pd saudaranya (husnuzzhon) & tingkat tertinggi ialah
mengutamakan kepentingan saudaranya sblm kepentingan dirinya (itsar), sifat spt yg ditunjukkan oleh golongan Ansar
terhadap muhajirin. Kita berdoa semoga kedua2 sifat tersebut & nilai2 ukhuwwah yg lainnya sentiasa menjadi sifat kita.


Sekian sedikit perkongsian yg agak panjang lebar dr ana.

Harap maaf atas keterlanjuran. Semoga ikhwah terus berada dlm lindungan & rahmat Allah.

Wassalam.

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

Salam Kerinduan buat Hamba Allah

Salam buat Sahabat-sahabat diluar sana.
Alhamdulillah hari ini Allah panjangkan lagi usia kita.Allah masih kekalkan lagi 2 nikmay yang terbesar dalam diari hidup kita sebagai hambaNya iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam..Allahuakbar..hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui isi hati hamba2Nya.
Ya Allah, jadikanlah segala kesakitan dan kesusahan dalam hidupku ini sebagai Kaffarah segala dosaku ya Allah. Moga apabila aku berjumpa denganMu, tidak ada lagi 'hutang' yang masih belum terlunas dhadapanMu. Yang apabila berhadapan denganMu ya Allah..tidak ada gunanya lagi penyesalan. Ya Allah..jadikan aku hambaMu yang dapat menggalas segala amanah dan tanggungjawab telah diletakkan kepadaku sebagai seorang anak kepada Ibu bapaku, sebagai seorang suami kepada isteriku, sebagai seorang abang sulung kepada adik-adikku, sebagai seorang daie kepada sahabat kenalanku dan juga sebagai insan kerdil dihadapnMu ya Allah.

Hidup ini terlalu singkat untuk dikalahkan oleh nafsu. Ayuh..kenapa mesti aku lemah disaat tubuh badanku masih mampu berdiri dan berjalan..Jangan diikutkan sanagat perasaan malas yang ada dihati ini. Ayuh..Mujahid Islam..maju kehadapan...
Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka