Wednesday, February 18, 2009

Nikmat manjadi Umat Nabi Muhammad saw

Assalamualaikum wbt...syukur kepada Allah SWT atas segalanya yang telah diberikan kepada kita semua. Ana berazam pada tahun 2009 ini untuk mengaktifkan kembali blog tercinta ana ini atas beberapa sebab. Di antara sebab utamanya ialah untuk urusan dakwah. Dakwah di peringkat sekarang memerlukan wasilah yang baru dan pendekatan yang lebih pantas iaitu melalui internet dan apa jua alat yang boleh menyampaikan dakwah kepada seberapa ramai kenalan.

Dakwah ini bukan tanggungjawab individu-individu tertentu sahaja. Ia adalah tanggungjawab kita semua sebagai umat Nabi Muhammad saw dan itulah kelebihan kita berbanding dengan umat-umat yang lain. Kita mewarisi tanggungjawab dan amanah Nabi kita dan kita perlu laksanakan dengan baik dan penuh keikhlasan.

Kelebihan dan keistimewaan yang banyak yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad saw itu menjadi salah satu asbab utama Nabi Isa as memohon kepada Allah SWT untuk menjadi salah seorang umat nabi Muhammad saw dan permohonan itu diperkenankan oleh Allah SWT.

Lihat..betapa seorang nabi Allah yang menjalankan tugas seorang nabi kepada umatnya begitu mengkagumi dan mengharap dengan harapan yang penuh untuk termasuk sebagai umat nabi Muhammad saw.

Jadi, dimana kita sekarang...masih lena atau dibuai mimpi-mimpi indah yang mengatakan umat nabi Muhammad saw adalah yang umat terbaik tetapi kita masih tak buat apa-apa untuk agama kita...


fikir-fikirkanlah......

Islah Nafsaka Wad'u Ghairaka

No comments: